Tuesday 9 September 2014

Suami Isteri yang kelihatan seperti kembar seiras

Lihat siapa yang menyebabkan kontroversi yang besar di Rusia hari ini!

image credit: Thalmaray

Allison Brooks (kanan) yang berkahwin dengan Alina Davis (kiri). Macam mana perkara seperti ni boleh berlaku kat negara yang mengharamkan perkahwinan sama jantina?

Mudah sahaja jawapannya. Alina yang berusia 23 tahun dilahirkan sebagai seorang lelaki bernama Dmitry Kozhukhov. Beliau melabelkan dirinya sebagai "Androgyne," yang bermakna dia tak merasa selesa dengan hanya beridentitikan sebagai lelaki sahaja dan beliau juga memakai pakaian wanita setiap hari ketika berjalan-jalan. Oleh kerana surat kelahiran Alina sebagai seorang lelaki, pihak berkuasa tidak dapat menolak perkahwinan mereka.

image credit: First To Know
Mungkin tidak ada peraturan yang menyatakan bahawa lelaki tidak boleh berpakaian wanita ataupun memiliki wajah yang serupa dengan bakal pengantin tetapi akhirnya perkahwinan itu dijalankan juga di pejabat pendaftar Kutuzovsky Prospekt di Moscow. Kedua-dua Brooks dan Davis memakai pakaian pengantin putih datang ke pejabat pendaftaran. Walaupun kedua-dua mereka tidak dibenarkan masuk melalui pintu hadapan, tetapi mereka tetap juga melangsungkan perkahwinan dengan melalui pintu hadapan pejabat pendaftaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com