Tuesday 2 September 2014

Keunikan bunga mawar hitam Halfeti, Turki


Kita tahu bunga mawar ni sebenarnya berwarna merah, putih dan kuning kan. Tetapi bunga mawar di Turki pula berwarna hitam. Warna bunga mawar seperti ni jarang ditemui. Bentuk bunga mawar ni sama juga seperti bentuk bunga mawar biasa, cuma yang membezakannya adalah warnanya yang 
hitam ~ seakan-akan disembur dengan pewarna, tetapi itulah warna semulajadi bunga tersebut.



Walaupun bunga ni kelihatan hitam pekat, tetapi jika dilihat dengan teliti warnanya seakan-akan berwarna merah gelap. Bunga ni tumbuh bermusim dan hanya berkembang pada musim panas dengan jumlah yang sedikit.




  Bunga mawar ni juga hanya tumbuh di kawasan kampung Hafteti, Turki kerana keunikan tanah dan tahap pH air bawah tanah (yang menyerap masuk dari sungai Efrat) yang telah menyebabkan keunikkan warna terjadi pada bunga-bunga mawar di kawasan tersebut. 



       Bunga-bunga mawar berwarna merah gelap pada musim bunga dan  hitam pekat pada musim panas.




Kecantikan dan keunikan bunga mawar ni memang dah menarik ramai perhatian peminat bunga di seluruh dunia. Jika korang berpeluang melancong kat Turki, jangan lepaskan peluang melawat kampung Halfeti dan melihat sendiri bunga mawar hitam ni.


Sumber:  Oddity Central

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com