Wednesday 27 August 2014

8 Idea sms menarik untuk sesorang yang anda minati!


Sms ni sesuai untuk memulakan perbualan dengan orang yang korang minati. Seseorang yang anda telah kenali dan amat meminatinya. Selamat mencuba!



1. Hey awak..

Sms ni nampak simple kan, tetapi kelihatan manis dan bila ditambahkan dengan emojis atau smiley pasti lebih kelihatan lebih sweet lagi tanpa kelihatan over sangat. Hantar sms ni apabila korang berada di suatu tempat yang sama. Selepas membaca sms korang ni pasti dia akan membuat eye contact dan terus bertukar senyuman dengan anda. Ni sebagai permulaan membuka cerita pada hari itu.

2. Mesti datang tau!

Cara yang super cute untuk mengajak orang yang korang minati tanpa kelihatan over. Pasti si dia akan berfikir dan susah hendak menolak pelawaan korang. Jangan takut untuk memperlihatkan kepadanya yang korang benar-benar ingin berjumpa denganya.

3. Tetiba teringatkan tentang awak..




Jika korang baru sahaja  bertukar nombor telefon dengan si dia dan nak sms buat kali pertama, sms ni amatlah sesuai. Kelihatan seperti over kan, tapi dengan cara nie juga boleh mengingatkan si dia tentang korang dan tidak terus melupakan pertemuan yang berlaku sebelum ni. Manalah tahu si dia terlupa kan..


4. Best outing dengan awak hari ni.



Pujian ditambahkan dengan emoji = perfect!

5. Semalam tetiba saya termimpi tentang awak..

Bila ada seseorang yang sms korang seperti ni pasti korang akan tertanya-tanya apa mimpi tu kan? Ini juga salah satu cara yang perfect untuk menambah sedikit misteri dalam fikiran si dia. Dia akan tertarik dan pasti nak terus berSms.

6. Morning awak.. have a nice day today.

Hantar sms di pagi hari membolehkan si dia tahu yang dia adalah orang yang pertama yang ada di fikiran korang selepas je bangun pagi. Pasti si dia juga akan memikirkan tentang korang saat memulakan harinya.

7. Masalah serious : tak boleh lupa tentang awak.




Siapa tak tersenyum apabila mendapat sms seperti ini daripada seorang wanita?

8. Takde orang nak temankan saya tonton Lucy, awak free tak?

Hantar sms ni sebelum hujung minggu tiba sebelum si dia membuat planning lain. Hello..date night!




Image source: Weheartit.com


1 comment:

  1. Always use these pickup lines text messages haha. Anyway, I follow you back. Do keep on visiting me :3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com