Tuesday 11 November 2014

Wanita ni minum 3 liter air per hari ~ Hasilnya mengejutkan!

Sarah Smith, 42 tahun - seorang ibu kepada dua orang anak dan menghidapi sakit migraine teruk. Saranan daripada doktor. Penawar yang disarankan oleh doktor ternyata menjadi rahsia awet muda beliau.




Doktor menyarankan Sarah berhenti mengambil caffeine dan minum lebih banyak air dalam sehari. Gambar sebelah kiri menunjukkan Sarah kelihatan seperti seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40an. Masa ni Sarah selalu lesu - tidak bermaya dan mengalami sakit migraine yang teruk. Gambar disebelah kanan pula menunjukkan wajah Sarah yang kelihatan lebih muda, seperti baru berumur dalam lingkungan 30an. Pengambilan air yang banyak sememangnya benar-benar berkesan untuk tubuh badan yang sihat. 

Jumlah air yang diambil oleh Sarah secara dastrik benar-benar membuat perubahan pada penampilannya. Rutin sehari-hari yang selalu dilakukannya pada gambar sebelah kiri adalah yang dilakukannya seperti biasa. "Biasanya saya memulakan hari saya dengan secawan teh, dan mungkin segelas air pada waktu makan tengahari dan makan malam dengan secawan gelas air. Itu kira-kira 1 liter dalam masa 24 jam. Rasanya seperti banyak, tapi nampaknya ia tidak mencukupi." Sarah mengatakan dalam sebuah artikel dalam Daily Mail.

Kebanyakan organ dalam tubuh bergantung kepada air. Air membantu mambawa nutrien ke sel-sel, menyah-toksin dari organ-organ penting dalam tubuh kita. Tidak mengambil air yang cukup akan menyebabkan kegagalan banyak fungsi orang dalam tubuh kita. Selama 28 hari Sarah mengambil air sebanyak 3 liter sehari, dan ini hasilnya:

Minggu pertama: Pinggang 28 inc, berat badan 53kg
Minggu kedua: Pinggang 28 inc, berat badan 52kg
Minggu ketiga: Pinggang 27 inc, berat badan 52kg

Oleh kerana pengambilan air yang banyak, kuantiti pengambilan makanan juga telah berkurang. Ini kerana air membuatkan Sarah lebih kenyang. Kadang-kadang kita sebenarnya haus, tetapi terasa lapar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com