Tuesday 7 October 2014

Cerita tentang witches yang akan buat korang ketagih!

Hex Hall (Hex Hall #1) by Rachel Hawkins

Hex Hall book cover

Hah?! Ketagih? cakap je tu.. Feeding my book addiction kali ni pula tentang witches. Buku ni dah lama kena publish (tahun 2011), so kira saya agak ketinggalan sedikit. Ketinggalan pun ketinggalan lahh, apa yang saya tahu buku ni memang best! Buku ni berseries, Hex Hall series by Rachel Hawkins. Saya baru je habis baca series yang pertama Hex Hall dan sekarang tengah baca series yang kedua yang bertajuk Demonglass


Cerita dalam buku ni memang addicting, tak boleh lepas. Nasib lah saya ni tak sibuk, boleh baca bila-bila masa je. Watak utama dalam buku ni ialah Sophia Mercer a.k.a Sophie. Sophie adalah seorang witch. Separuh manusia and separuh witch. Kerana Sophie telah melakukan magic sembarangan kat sekolah, dia telah didenda dan terpaksa masuk ke sebuah sekolah yang terletak jauh dari bandar, tak lain dan tak bukan Hecate Hall a.k.a Hex Hall. Walaupun Sophie ni seorang witch tapi dia langsung tak tahu macam mana nak guna magicnya tu, kerana selama ni dia hidup dengan ibunya (manusia biasa) manakala bapanya pula tinggal berjauhan dengan mereka. Sophie cuma berhubung dengan bapanya melalui email dan telefon saja tapi tak pernah jumpa. (misteri yang harus dibongkar) Setelah masuk ke Hex Hall di situ lah Sophie belajar magic, berjumpa dengan crush pertama, musuh dan juga kawannya Jenna (Vampire). Cerita ni memang sangat menarik, perkembangan cerita amat baik dan watak juga memang come to live. Saya rasa kalau buku ni kena buat movie, memang meletup la. *just saying* tapi saya ada juga terrnampak kat IMDb ada perancangan cerita ni nak dibuat movie, tapi perancangan tu pada tahun 2011 dan sekarang dah nak masuk 2015 tapi belum ada juga, so rasanya takde la tu. *sobs..s0bs...* 

Antara watak utama dalam buku ni:


Sophie Hex Hall
Sophie

Jenna Hex Hall
Jenna

Alice Hex Hall
Alice

Elodie Hex Hall
Elodie

Mrs Mercer (Sophie's Mom)

Archer Hex Hall
Archer

Semua buku yang saya rasa memang best and amat saya recomendkan akan saya post dalam Feeding my Book Addiction. Banyak juga buku yang dah saya baca, tapi macam yang lain tu a little off so tak lah saya nak sibuk nak recomendkan kat korang. Apa-apapun, enjoy reading guys!

4 comments:

  1. SOPHIE CANTIK SANGATTTTT
    Seingat saya, dye pernah berlakun dalam victorious kan? with ariana grande kan?
    She's sooo beautiiiifuuuulllll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thumbs up!! Memang sangat cantik, tp syg la movie ni tak jadi keluar.. :'(

      Delete
  2. Ann.. hehe memang flawless betul ko punya blog. jeles sa... sa btl btl lack of creativity. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to Google.. LOL. Kalau teda google, ntah laaa....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com