Saturday 12 July 2014

8 Sebab Kenapa harus mula blogging

Blogging ni boleh jadi suatu perkara yang sangat berharga untuk setiap orang dan juga banyak reasonnya tuk start. Sebenarnya blogging ni bukan saja untuk bisnes korang tapi boleh juga jadi satu hobi yang mungkin akan memberikan pendapatan kepada korang. Disini saya suka share beberapa sebab yang besar kenapa korang semua harus start blogging sekarang.







1. Blogging ni amatlah mudah ! 
Blogging nie sebenarnya sangat mudah. Kalau kita pandai membuat dan menulis email, saya percaya korang juga boleh membuat dan menulis blog. Ada banyak platform kat internet ni yang tak perlukan kemahiran untuk membuat website dan HTML yang banyak memakan masa yang sangat banyak. Sekarang ni ada pelbagai tema yang boleh kita boleh download, cuma kena Google je. 

2. Bertemu dengan ramai orang.
Kebanyakan penggunjung yang korang try attract melalui blogging ni bukan hanya sekadar "penggunjung" semata-mata tetapi mereka juga boleh menjadi kawan kita, partner atau tidak mustahil lover kita. Siapa tahu kan? Blogger kat luar sana tu ada ramai, jadi try lah berkenalan. Saya percaya rakan-rakan blogger kita ni semuanya baik-baik.

3. Blogging dapat membantu ramai sekali pengguna internet.
Dengan blog ni korang boleh sebarkan banyak artikel info dan juga knowledge melalui bloging nie. Bila kita fikirkan baik-baik, memang kita boleh bantu ramai orang melalui blogging nie! Contohnya, ramai pelajar yang tengah bengang mencari idea buat presentation atau assignment bukan tu je, korang juga boleh membuat artikel tentang penjagaan kulit atau membuat tutorial makeup ke, memang ramai yang berminat nak baca tips-tips korang nie. Dengan membuat kajian dan target pembaca korang boleh fikirkan apa topic blog yang menarik yang korang nak buat.

4. Buat duit melalui blog. 
Sudah tentu korang telah mendengar cerita-cerita dari orang lain tentang blogging ni dapat buat duit atau melihat sendiri blogger yang telah berjaya. Ya, semua nie memang tidak mustahil jika korang ada usaha dan minat untuk melakukannya. Kebanyakan blogger yang berjaya ni melalui masa yang agak panjang untuk berjaya, bukan sekadar setahun tetapi ada yang mencecah sehingga dua ataupun tiga tahun, yang penting mulakan blog korang ni bukan sekadar untuk mencari duit tetapi harus membina minat dan pengetahuan baru boleh berjaya.

5. Blogging dapat membantu memperkembangkan lagi bisnes korang. 
Jika korang memiliki sebuah bisnes kecil-kecilan sekarang ni dan tengah berjuang untuk memperkembangkan bisnes tu, membuat blog memang dapat membantu dalam menarik lebih banyak lagi pelanggan korang. Start lah blog yang menarik tentang bisnes korang tu setiap hari agar ramai yang tahu tentang bisnes yang dijalankan tu. Dengan kegigihan korang nak memajukan bisnes korang ni, tak mustahil korang akan berjaya.

6. Meningkatkan kualiti kemahiran dalam penulisan korang. 
Terus terang saya katakan, saya ni memang sangat lemah dalam bab-bab menulis ni. Korang dah boleh lihat writing skills saya sekarang ni, kureng lah.. Tetapi seperti pepatah orang barat, “Practice makes Perfect”, semakin banyak kita menulis kat blog nie semakin perfect lah kita. Saya juga masih belajar, so..kalau ada salah silap harap faham la ekk.. Tetapi percaya lah, semakin banyak kita belajar dalam menulis ni, semakin bertambah baiklah teknik penulisan kita tu.

7. Menjadikan dunia kita ni tempat yang baik. 
Bila kita mempunyai blog nie, kita sebenarnya mempunyai hak untuk bersuara, hak untuk memperbaiki lagi akan kesilapan yang dibuat oleh setiap orang kat dunia nie. Ini bermakna kita boleh menyebarkan semua perkara yang kita suka atau tidak suka untuk memperbaiki cara dunia kita sekarang nie. Semua ni tak mustahil, we can make the world a better place for the next generations. Mungkin korang pun pernah membaca artikel cam ni kan? Cuba korang Google blog nie NeverSeconds, mengenai dua orang kanak-kanak membina sebuah blog yang membantu sekolah mereka mengatasi masalah kualiti makanan di sekolah mereka. Mereka mengatakan makanan yang disediakan di sekolah mereka tu tak berkhasiat dan selalu je balik rumah kelaparan. So, kalau kanak-kanak boleh, kita pun boleh!

8. Membantu melegakan tekanan. 
Buat la blog ni seperti journal korang. Tetapi tulis la sesuatu yang semua orang boleh baca. Jika ada sesuatu yang menyakitkan korang, korang boleh mempertimbangkan untuk meletakan kat blog korang. Tapi perlu korang ingat, bukan semua feeling korang perlu letak kat blog korang tu untuk public reading. Sentiasa tapis perkara yang korang nak post tu, tapi post la perkara yang dapat melegakan stress korang tu. Mungkin itu dapat membuatkan korang happy dan lega sikit.


Blogging ni sebenarnya bukan suatu perkara yang baru, tetapi ia telah mendapat populariti yang besar sejak 5 tahun yang lepas. So, kalau korang mampu atau memang dah ada blog, mengapa tak mulakan sekarang? 

10 comments:

  1. welcome to the club Ann! hehehhehee

    ReplyDelete
  2. salam sinnggah Anne :) saya suka baca blog orang sbb banyak info. blog sdiri suam-suam kuku je :(

    jemput singgah: hudamj.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. keep it up! selamat berblogging :)

    ReplyDelete
  4. Blogging mmg byk faedah. Sy dh lama bukak akaun blog... tp jarang menulis....
    Akhir2 ni baru rasa nk serius... emmm mmg kurang pengunjung kt blog sy... harap pas ni traffic blh meningkat...
    Sudi2 la jenguk blog sy... klo ada kekurangan... mohon bg teguran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bukan pro sangat. :) sama-sama lah kita belajar k..

      Delete
  5. Salam perkenalan Ann..
    Blogging ni memang bagus untuk dijadikan sebagai platform utk kita mengasah bakat menulis.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu.. Bahasa baku saya pun mmg fail. tkt salah juga..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. nice sharing. dh lama minat berblog, tapi bakat tu xde hehe

    http://janganignore.blogspot.com/2014/09/wajah-wajah-pelarian-afghanistan-di.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com