Wednesday, 17 September 2014

Rawat Laptop Agar Tahan Lebih Lama

Laptop adalah gadget yang sangat sensitif terhadap perlakuan pengguna dan faktor luar seperti getaran, debu, air dan juga udara. Jika ingin laptop tahan lama, kamu perlu penjagaan khusus agar hardware  laptop dalam keadaan yang baik. Nah, berikut adalah beberapa tip menjaga laptop korang agar lebih tahan lama.

Gunakan Kipas

Meskipun laptop sudah ada sistem penyejuk secara default, namun penggunaan cooling pad jangan dipandang remeh. Komponen-komponen di dalam laptop akan kepanasan akibat suhu yang terlampau dan akan mengalami  kerosakan. Penggunaan cooling pad sangat berguna untuk mengawal udara dan menyejukkan komponen laptop tersebut.

Jangan sembarangan download software daripada internet

Jangan sesekali memuat turun software  yang tidak jelas dari mana datangnya kerana ia mampu merosakkan laptop kesan daripada virus di internet.

Buang software yang tidak berguna

Jangan tergoda untuk menginstall begitu banyak program yang sebenarnya tidak kamu perlukan. Lebih baik korang buang atau uninstall saja program yang tidak pernah digunakan atau jarang digunakan.

Menginstall antivirus

Antivirus memang sangat penting  untuk menjaga kondisi laptop korang daripada kemungkinan diserang virus. Antivirus ini sangtalah ringan namun sangat kuat dan recommended. Ini untuk menghindarkan laptop korang daripada kerosakkan.

Jaga kebersihan laptop

Usahakan laptop korang supaya tidak terkena debu sama sekali. Pastikan setiap kali selepas gunakan laptop, lap dengan kain bersih agar bebas daripada debu. Pakai pelindung skrin dan juga pelindung keypad.

Hindari getaran elektro magnetik

Jauhkan laptop korang daripada alat-alat elektro magnetik seperti pembesar suara, mesin, handphone, serta sumber getaran lain.

Jangan cuba perbaiki sendiri

Pastikan korang hantar ke kedai yang tahu membaiki laptop kerana jika korang membetulkan sendiri bimbang kerosakan tersebut menjadi semakin parah. Jangan seperti tikus membaiki labu, nanti sendiri yang rugi.

Sumber: TeenMag

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com