Monday, 8 September 2014

8 Penyebab kitaran haid terganggu


Bukankah lebih baik jika kita boleh tanda kat kalender dan haid benar-benar muncul pada hari yang ditanda tu. Dulu masa sekolah menengah saya selalu buat macam tu, tapi sekarang kitaran haid dah tak menentu. Kadang-kadang risau juga saya, takut ada masalah pula. Dulu time belum kawin memang tak berapa ambil tahu, tapi sekarang setiap bulan risau kenapa Aunt Flo tak datang-datang. So, di sini saya dapat sedikit maklumat untuk dikongsikan bersama dengan semua.

Take note: 8 Perkara yang boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.


 **Kalau jarak kitaran haid terlalu jauh, ringan-ringankanlah badan berjumpa dengan doktor**


image credit: Your Wellness
1.  Senaman yang berlebihan 
Pernah tak korang dengar wanita yang selalu menyertai marathon tak datang haid. Ini bukan mitos: Senaman yang kerap ditambahkan dengan kandung lemak badan yang rendah menyebabkan stress pada badan kita. Secara automatiknya badan kita menyampaikan maklumat ni kepada otak kita dan dengan sendirinya badan kita berhenti menghasilkan hormon pembiakan.


image credit: passnownow
2.  Berat badan berlebihan
"Sel-sel lemak berlebihan ~ lebih daripada paras hormon estrogen akan menyebabkan ovari berhenti daripada membebaskan telur." Kata Dr. Lerner. Sementara itu, lapisan endometrium semakin menebal. Kalau penghasilan estrogen yang berlebihan pula akan meningkatkan risiko kanser endometrium. Jika anda rasa susah nak turunkan berat badan berjumpalah dengan doktor gynecologist. Mungkin korang akan diberi pil perancang. "Pil perancang dapat membantu menipiskan lapisan endometrium  dan dapat mengurangkan risiko kanser endometrium." kata Dr. Lerner.


image credit: Dangerously fit
3.  Kurang berat badan
Kalau kurang berat badan pula disebaliknya, badan kita tak menghasilkan hormon estrogen. Jadi kita kenalah tahu berat badan yang ideal dan menjaga pemakanan kita.


image credit: Test Country
4.  Pengambilan ubat
Mana-mana ubat yang melibatkan hormon seperti ubat tiroid, steroid, antipsikotik boleh menganggu kitaran haid.


image credit: health 
5.  Bekerja dengan racun perosak
Racun perosak menghalang hormon di dalam badan dan seterusnya menganggu sistem endokrin berfungsi dengan betul.


6.  Umur
Jika anda menghampiri menopaus, bilangan telur dalam ovari semakin berkurangan dan kitaran haid anda akan semakin tidak menentu.


image credit: heels2wheels
7.  Kurang tidur
Kurang tidur juga boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur, terutamanya kepada mereka yang terpaksa berkerja mengikut shift. Tidur yang tidak mengikut masa mempengaruhi hormon pembiakan dimana mempengaruhi ovulasi dan haid.


image credit: diabetes 24-7
8. Melancong ke luar negara merentasi zon masa
Otak kita akan menghasilkan hormon melantonin untuk memberikan isyarat kepada tubuh kita bahawa ia adalah masa untuk tidur. Tetapi kalau korang melancong ke luar negara badan korang tetap akan menghasilkan hormon melantonin seolah-olah korang masih kat rumah walaupun hari masih siang di lokasi baru. Keadaan ini juga boleh menganggu kitaran haid jika kerap kali melancong melintasi zon masa.


Sumber: Health.com 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com