Monday, 14 July 2014

Idea blog post yang akan membuatkan blog anda hangat!





Mesti ramai blogger yang baru nak start blogging ni susah nak fikir tentang apa yang akan anda blog bila dah ada blog kan. Atau long time blogger dah habis idea dengan  apa nak publish kat blog. So, disini saya suka share beberapa idea blog post yang akan membuatkan blog anda hangat ~ trafik up!



1. Review buku/filem/produk – Membuat review ni memang sangat popular dan dapat memberi banyak manfaat kepada followers anda. Ramai pengguna internet di luar sana yang tengah mencari review yang jujur dan bukan review yang tidak benar semata-mata hendak popularkan business mereka.

2. Buat tutorial – Jika anda mempunyai kelebihan dalam sesuatu bidang atau sangat tahu sesetengah topic dengan baik, so.. ringan-ringankanlaa tangan untuk buat tutorial yang dapat membantu orang lain yang kurang pengalaman daripada anda. Tutorial dan panduan ni dapat menolong ramai orang tanpa kita sedari.

3. Menulis blog yang memberi inspirasi/motivasi- Ramai pengguna internet di luar sana yang memerlukan kata-kata inspirasi/motivasi daripada anda. Saya juga termasuk golongan yang memerlukan kata-kata inspirasi/motivasi tu, saya yakin anda juga memerlukannya.

4. Buat senarai tentang sesuatu – Bukan setiap pengguna internet ni rajin, mereka kalau boleh tak mahu membuang masa mencari atau mengumpul informasi yang mereka nak. Ini lah reason kenapa anda harus buat senarai tentang sesuatu. Contohnya 10 senarai filem popular 2014, buku, games dan banyak lagi.

5. Kongsi pengalaman anda berjalan-jalan ke tempat menarik – Anda boleh menceritakan pengalaman anda pergi melancong ke tempat-tempat menarik, kongsi gambar dan juga kelemahan dan kebaikan tempat yang anda kunjungi itu.

6. Menulis cerita pendek – Ada pengalaman membuat cerita pendek? Disini tempatnya untuk publish cerita anda, dan jangan lupa minta followers feedback.

7. Kongsi pengajaran yang paling penting dalam hidup anda yang telah anda 
alami – Sharing is caring. Jadi kongsi la pengajaran yang anda alami kepada semua orang agar pengajaran yang telah anda pelajari itu dapat memperbaiki lagi hidup orang lain.

8. Kongsi resipi – Tak tahu nak tulis apa dah? Kongsi masakan kegemaran anda!

9. Post gambar dengan quote – Sekarang nie sudah banyak gambar-gambar yang mempunyai quote yang menarik. Apa salahlah kita buat gambar and quotes, dan publish kat blog. Sebarlah kata-kata motivasi dan inspirasi, tentu ramai yang suka.

10. Tulis semua apa yang anda fikirkan pada hari ini – Hah?! Semua yang ada dalam kepala ni memang benda-benda merepek je. Tapi, kalau anda bosan sekali-sekala tu apa salahnya.


1 comment:

  1. yg penting, be unique..kadang2 kita cilok orang idea orang tanpa credit, itu yg buat org hilg mood nk berblog. hehe

    http://janganignore.blogspot.com/2014/09/kemalangan-ngeri-di-bachok-kelantan.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com