Homeless to Harvard (2003) adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar yang dialami oleh seorang remaja yang bernama Liz Murray. Filem ini telah memenangi Christoper Award pada tahun 2004 dan menerima nominasi dalam Emmy Award dalam 3 kategori.
Elizabeth Murray
credits
Sebenarnya manusia ada yang dilahirkan dengan hati yang tabah, dan Liz Murray adalah salah seorang daripadanya. Kehidupan yang susah sejak berumur 15 tahun bukanlah satu kehidupan yang di impikan oleh sesiapa pun. Namun kedua ibubapa Liz adalah penagih dadah tegar yang menghabiskan semua wang yang mereka ada. Akibat daripada itu, keperluan asas Liz dan kakaknya diabaikan. Mereka selalu kelaparan dan kekurangan pakaian tebal untuk dipakai. Sejurus selepas kematian ibunya, Liz berjanji kepada diri sendiri yang hidupnya akan berubah dan jalan yang terbaik untuk memulakan hidup baru tu adalah kembali ke sekolah. Selepas kembali ke sekolah Liz telah berjaya menghabiskan sekolah menengah selama 2 tahun dan telah berjaya mendapat biasiswa daripada New York Times. Bukan itu sahaja, Liz juga telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke university Harvard, sebuah university terkemuka di seluruh dunia. Jika dilihat kehidupan Liz dalam tempoh 2 tahun tu, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi seorang yang berumur 16 tahun untuk tinggal di tepi jalan atau tangga dan menjadi pelajar dalam satu masa, tetapi dengan kegigihan dan ketabahan Liz Murray untuk berjaya, kegigihan itu telah membuahkan hasil yang sangat baik. Dan pada hari ini, Liz Murray merupakan seorang penceramah motivasi yang berjaya yang memberi ceramah mengenai filem yang bertajuk Homeless to Harvard.
Kat bawah tu full movie Homeless to Harvard yang saya dapat kat Youtube. Dulu manada macam nie, terpaksa nak beli baru dapat tonton. Selamat menonton !!
Fifi pon sama time study dulu, semangat memang brkobar kodi lepas nonton cite ni :D
ReplyDelete